3 maut, 9 cedera tembakan rambang parti Halloween
CALIFORNIA : Seramai tiga orang maut manakala sembilan lagi cedera dalam satu kejadian tembakan rambang di sebuah parti Halloween di sini.
Polis dan jabatan bomba menerima panggilan dari sebuah rumah di Long Beach pada jam 10.45 malam (waktu tempatan) Selasa lalu, berhubung satu kejadian tembakan.
Tiga lelaki berusia 20an dijumpai mati di bahagian belakang rumah berkenaan, berhampiran sebuah salon merias kuku.
Lima lagi mangsa dibawa ke hospital dengan kecederaan parah manakala empat lagi disahkan mengalami kecederaan ringan.
Menurut pihak berkuasa, tembakan itu dilepaskan oleh sekurang-kurangnya seorang suspek yang sudah melarikan diri dari lokasi kejadian.
Penyiasat masih tidak dapat mengenal pasti motif kejadian atau memberikan maklumat berhubung penembak serta kenderaan yang digunakan untuk melarikan diri.
Menurut saksi, beberapa individu yang mengenakan kostum khas dilihat meninggalkan premis terbabit dalam keadaan tempang selepas serangan.
Jurucakap Jabatan Polis Long Beach, Karen Owens berkata, lokasi itu berada dalam keadaan riuh rendah sebaik ketibaan pihak berkuasa.
ABC7 dalam laporan menyatakan, tiga mayat ditemui terdampar ketika pasukan paramedik sedang memberikan rawatan awal kepada mangsa yang tercedera.
Komuniti setempat memberitahu, mereka mendengar sekurang-kurangnya 30 tembakan dilepaskan sebelum sebuah kenderaan berwarna putih dipandu laju meninggalkan lokasi. – Agensi























































![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini