Polis Victoria diberi keizinan tembak mati pemandu yang cuba rempuh pejalan kaki
Lapan maut dan lebih 45 cedera dalam tiga serangan seumpama itu di Melbourne, ibu negeri Victoria dan bandar raya kedua terbesar di Australia, sejak 2017.
Polis Victoria berkata, pegawai diminta mengambil tindakan tegas sebagai reaksi kepada serangan menggunakan kenderaan, termasuk merempuh kereta terbabit atau menembak pemandu.
Timbalan Pesuruhjaya Shane Patton, berkata pegawai mempunyai kuasa luas menghalang serangan, atau ancaman serangan.
“Sebarang pilihan taktikal yang kini wujud, mereka boleh gunakan, tetapi sebagai tambahan polis berkata mereka boleh menggunakan pendekatan yang membawa maut,” katanya kepada wartawan di Melbourne.
Walaupun Patton berkata, ada perkara melampau dimasukkan ke dalam dasar, beliau memberikan penjelasan sebenar mengenai tindakan diambil adalah amat penting.
“Kami tidak mahu menunggu sehingga kereta merempuh sekumpulan orang, kami mahu mereka berhenti sebelum ia berlaku,” katanya.
Pengumuman dibuat menjelang siasatan mengenai enam kematian apabila seorang pemandu merempuh sekumpulan orang di tengah Melbourne pada Januari 2017.
Ia akan meneliti sama ada polis perlu menghalang lelaki itu daripada memasuki pusat bandar raya untuk melancarkan serangan, yang turut menyebabkan 27 lagi cedera.
James Gargasoulas dipenjara seumur hidup kerana membunuh, yang ditegaskan polis tiada kaitan dengan keganasan.
Dasar baharu itu, yang berkuat kuasa serta-merta, adalah yang pertama seumpama itu di Australia. — AFP























































![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini