Kanak-kanak lelaki dua tahun terperangkap 72 jam dalam perigi

Pasukan pekerja berusaha menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang terperangkap lebih 72 jam dalam perigi di selatan India.
NEW DELHI: Pasukan pekerja penyelamat terpaksa berkejar masa hari ini bagi menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang terperangkap lebih 72 jam dalam perigi sedalam 26 meter di selatan India.
Pada mulanya kanak-kanak itu terjatuh dalam perigi berkeluasan 30 sentimeter pada petang Jumaat lalu semasa sedang bermain berhampiran rumahnya di daerah Tiruchirappalli di negeri Tamil Naidu.
Ketika ini, sebuah kamera pengesan haba digunakan untuk memantau suhu badan kanak-kanak itu sementara bekalan oksigen disalurkan menerusi paip.
Difahamkan, Sujith Wilson tidak sedarkan diri namun masih bernafas sehingga pagi tadi dan sejak itu penyelamat tidak dapat memeriksa keadaannya.
Pihak berkuasa berkata, kanak-kanak itu pada mulanya tersekat kira-kira sembilan meter sebelum tergelincir ke bawah dalam kedudukan berdiri tegak.
“Kita sedang mengejar masa,” kata pegawai kanan daerah di lokasi kejadian.
Pekerja keselamatan terpaksa menggunakan gerudi minyak untuk menggali lubang yang selari dengan telaga itu hari ini, tetapi alat rosak kira-kira 10 meter akibat tanah berbatu.
Bagaimanapun, cubaan menggunakan peranti robotik untuk menurunkan tali bagi mengikat pergelangan tangan kanak-kanak itu menemui kegagalan. -AFP.






















































![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini