Wanita 67 tahun, ibu paling tua lahir bayi di China

Bayi dilahirkan oleh seorang wanita berusia 67 tahun.
BEIJING: Seorang wanita berusia 67 tahun dipercayai menjadi ibu paling tua hamil secara normal di China dan selamat melahirkan seorang bayi, kata sebuah hospital di sini.
Wanita yang hanya dikenali sebagai Tian itu melahirkan bayi perempuan yang sihat secara pembedahan Jumaat lalu, kata Hospital Bersalin dan Penjagaan Kesihatan Kanak-Kanak di bandar Zaozhuang.
“Bayi ini adalah kurniaan dari syurga kepada kami berdua,” kata suaminya, Huang, 68 kepada laman web guancha.cn.
Tian memberitahu Jinan Times, beliau hanya menyedari yang dirinya hamil selepas ke hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan.
“Saya pada mulanya tidak mahu meneruskannya,” kata Tian yang mempunyai dua anak termasuk seorang anak lelaki yang lahir pada 1977, dua tahun sebelum China memperkenalkan dasar satu anak.
The Global Times berkata, bayi itu dinamakan ‘Tianci’ yang bermaksud ‘hadiah dari syurga’.
Berita yang tular itu mengundang pelbagai kritikan netizen di platform Weibo.
“Ibu bapa ini terlalu mementingkan diri. Pada usia begini mereka tidak akan mampu menjaga anak itu dan sudah pasti anak yang lebih tua akan menanggung bebannya.”
Pada 2016, Beijing memansuhkan dasar satu anak dan membenarkan setiap keluarga mempunyai dua cahaya mata. – AFP






















































![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini