Kumpulan hak asasi tidak yakin usaha pindah Rohingya ke pulau

Pemandangan dari udara bangunan dicadang menempatkan pelarian Rohingya di pulau berlumpur Bhashan Char di Teluk Bengal. -Foto AFP
DHAKA: Sebuah kumpulan hak asasi global menyuarakan perasaan ragu-ragu terhadap dakwaan Bangladesh bahawa ribuan pelarian Rohingya kini bersedia berpindah ke sebuah pulau yang dikatakan pengkritik terdedah kepada bencana alam.
Bangladesh sekian lama mahu memindahkan 100,000 pelarian ke pulau kelodak di Bhashan Char untuk mengurangkan kesesakan di kem tanah besar di mana hampir sejuta Rohingya tinggal sejak lari dari tindakan keras tentera di Myanmar pada 2017.
Pihak berkuasa Bangladesh berkata, antara 6,000 hingga 7,000 pelarian sudah menyuarakan kesediaan dipindahkan semula ke pulau itu, bermula bulan depan.
Namun kumpulan hak asasi dikenali Fortify Rights berkata kelmarin, ia menemuramah 14 Rohingya di tiga kem termasuk sesetengah didakwa bersedia untuk pindah dan mendapati tiada seorang ditanya dan ‘semuanya menentang.’
Seorang wanita memberitahu Fortify Rights: “Jika kerajaan Bangladesh memaksa saya pindah ke pulau itu, saya akan membunuh diri dengan minum racun di dalam kem di sini.”
Kumpulan berpusat di Amerika Syarikat (AS) itu memetik seorang lagi wanita sebagai berkata: “Kami takut tinggal berhampiran air. Orang mengatakan ia mengambil masa empat jam menaiki bot untuk sampai ke pulau itu. Walaupun jika mereka memaksa saya pergi ke sana, saya tidak akan pergi.”
Katanya, pihak berkuasa memberi tekanan kepada ketua kem Rohingya untuk mengenal pasti siapa yang akan dipindahkan dan melihat senarai nama lebih 70 keluarga.
“Pulau itu bukan penyelesaian mapan untuk pelarian dan tiada siapa tahu selain Rohingya sendiri,” kata ketua Fortify Rights, Matthew Smith.
Kumpulan hak asasi lain turut menyuarakan rasa tidak puas hati dengan memindahkan pelarian ke pulau di Teluk Bengal yang mengambil masa tiga jam menaiki bot.
Cadangan itu belum diluluskan agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Bangladesh semakin hilang sabar dengan kehadiran Rohingya di negara itu sejak cubaan penghantaran semula pelarian ke Myanmar Ogos lalu gagal kerana tiada seorang pun bersetuju. -AFP






















































![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini