Kes Bella – Siti Bainun Didapati Bersalah, Penjara 12 Tahun
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja Sindrom Down, Bella dua tahun lalu.
Hakim Izralizam Sanusi memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan dua pertuduhan tersebut.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu.

Sumber: NST
Keadaan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari hingga Jun 2021.
Bagi pertuduhan pertama (mengabai) Siti Bainun dipenjara selama 10 tahun.
Bagi pertuduhan kedua (menganiaya) Siti Bainun dipenjara selama 12 tahun dan hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh sabitan hari ini.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber: NST
“Dalam insiden terkena air panas, tertuduh mengakui tidak pernah nampak kejadian itu dan hanya ‘hear say’ (dengar cakap) seperti yang dikatakan saksi pendakwaan kelima sedangkan pakar perubatan merumuskan Bella mempunyai banyak kecederaan lain pada tubuhnya selain terkena air panas.
“Mahkamah berpuas hati dengan hujah pendakwaan yang menyatakan mangsa dianiaya dan diabai di bawah penjagaan tertuduh,” kata Hakim Izralizam.























































![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
Ulasan Terkini