Baru 5 Jam Kahwin, Pengantin Baru Dilanggar Pemandu Mabuk
Inilah yang dikatakan malang tak berbau. Kegembiraan bertukar tragedi apabila pasangan pengantin yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan terlibat dalam kemalangan akibat dilanggar kereta dipandu wanita dipercayai mabuk.
Pengantin perempuan yang masih memakai baju kahwin disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Suami mangsa, Aric Hutchinson dikejarkan ke hospital dan mendapati dia mengalami kecederaan parah di otak serta beberapa tulang turut patah.
Pada hari kejadian, mangsa Samantha Miller dan suaminya Aric Hutchinson dalam perjalanan pulang menaiki kereta golf selepas majlis perkahwinan mereka selesai.

Foto Kredit: NY Post
Namun insiden yang tidak diduga berlaku apabila sebuah kereta sewa yang dipandu oleh wanita dalam keadaan di bawah pengaruh alkohol hilang kawalan lalu melanggar belakang kereta golf pasangan tersebut.
Menurut laporan The Associated Press, wanita yang bernama Jamie Lee Komoroski memandu sangat laju iaitu 105 km sejam (kmsj) dan hentaman yang kuat menyebabkan pasangan pengantin tersebut tercampak jauh dan berguling beberapa kali.

Foto Kredit: AP News
Ibu Aric, Annette Hutchinson, telah memulakan GoFundMe berikutan tragedi itu dan berasa sedih kerana anaknya telah kehilangan isteri yang baru sahaja dikahwininya.
Jamie Lee Komoroski didakwa dengan DUI membabitkan kematian dan pembunuhan melulu. Suspek juga didakwa bakal berdepan hukuman penjara antara 1 hingga 25 tahun bagi setiap pemanduan di bawah pengaruh alkohol.























































![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini