Bapa tampar guru selepas rakaman menunjukkan anak disepak guru
LOUDI: Bapa seorang murid tadika di tengah China menerima sokongan oleh para netizen setelah dia dan seorang guru ditahan menyusuli perbalahan ganas dalam bilik darjah berkaitan layanan guru itu terhadap anak perempuannya.
Lelaki itu yang bernama Li, menerjah masuk ke bilik darjah lalu menampar dan menendang guru itu pada Khamis (21 Nov), sambil mendakwa wanita itu memukul anak perempuannya berusia lima tahun, lapor agensi berita The Beijing News.
Setelah menghantar anaknya ke pusat tadika di bandar Loudi di wilayah Hunan, lelaki itu menunggu di luar bilik darjah kerana khuatir anaknya mungkin menangis apabila dia pulang, menurut laporan itu.
Lu menerjah masuk dan menyerang guru itu setelah rakaman kamera keselamatan bilik darjah yang dipaparkan pada skrin di koridor menunjukkan guru itu menampar kanak-kanak tiu. Dua lagi guru campur tangan dan menghubungi polis.
Apabila rakaman kejadian itu dimuat naik online, puluhan ribu warga siber meninggalkan komen dengan kebanyakannya menyokong tindakan lelaki itu.
“Syabas kepada si bapa! Seorang lelaki harus melindungi keluarganya,” tulis seorang individu pada portal berita 163.com.
Polis China mengatakan pada Jumaat bahawa guru itu yang berusia 28 tahun, dikenakan denda 500 yuan (S$97.06) dan diletakkan dalam tahanan selama 12 hari kerana menampar kanak-kanak itu manakala bapa pelajar itu didenda 200 yuan dan ditahan tujuh hari, menurut laporan portal berita Thepaper.cn.
– Agensi berita























































![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini