Indonesia tawar ganjaran bagi mengeluarkan tayar tersangkut di tengkuk buaya

 

KEADAAN buaya tembaga yang mengalami kesukaran bernafas di Palu, Sulawesi Tengah.

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang dapat mengeluarkan tayar motosikal tersangkut pada tengkuk buaya tembaga.

Bagaimanapun, jumlah ganjaran tidak dimaklumkan bagi individu yang sanggup menggadai nyawa ‘menyelamatkan’ reptilia sepanjang empat meter itu di Palu, Sulawesi Tengah.

Pihak berkuasa perlindungan hidupan liar tempatan sudah cuba membantu buaya terbabit sejak beberapa tahun lalu dan paparan video terbaru yang menunjukkan haiwan itu tercungap-cungap semasa bernafas mungkin menandakan masa sudah suntuk.

Tayar itu dikhuatiri semakin mencekik buaya yang kini sudah besar saiznya, sekali gus mendorong Agensi Perlindungan Sumber Asli Sulawesi Tengah menawarkan ganjaran.

Arahan itu dikeluarkan gabenor wilayah itu, selepas melihat sendiri kesengsaraan buaya terbabit, walaupun agensi berkenaan menghadapi kekangan kewangan.

Agensi itu tidak memberikan butiran terperinci mengenai ganjaran yang ditawarkan atau bagaimana ia perlu dilakukan tetapi ketuanya, Hasmuni Hasmar, berkata ganjaran itu akan keluar dari poketnya sendiri.

Namun, beliau mengingatkan bahawa tawaran itu tidak bermakna sesiapa saja boleh cuba menangkap buaya itu, sebaliknya ia khusus bagi mereka yang berpengalaman dalam menyelamatkan hidupan liar berbahaya.

“Kami minta orang ramai jangan menghampiri buaya terbabit atau mengganggu habitatnya,” katanya. – AFP

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture