Polis Britain tutup bandar Nottingham selepas tiga orang ditemui dibunuh

 

ANGGOTA polis berkawal berhampiran sebuah van putih yang retak cermin hadapannya di jalan Bentinck, Nottingham hari ini. – AFP

LONDON – Polis Britain hari ini menutup bandar Nottingham, tengah England selepas tiga orang ditemui mati dan sebuah van cuba merempuh tiga yang lain

Seorang lelaki berumur 31 tahun ditangkap kerana disyaki membunuh, kata polis sambil menambah, pihaknya turut menyiasat insiden melibatkan van tersebut yang disyaki mempunyai kaitan.

Polis dihubungi sejurus selepas pukul 4 pagi (waktu tempatan) selepas dua orang ditemui mati di atas jalan. Mayat seorang lagi lelaki ditemui di sebuah lokasi berlainan.

Tiga orang yang terlibat dalam insiden van itu sedang dirawat di sebuah hospital, demikian menurut kenyataan polis.

Penduduk tempatan, Glen Gretton berkata, dia tersedar sekitar pukul 5 pagi oleh bunyi sebilangan kereta polis melintasi kediamannya.

“Kereta-kereta polis berterusan muncul jadi saya sedar sesuatu yang serius berlaku di sekitar pusat bandar,” katanya.

“Ini adalah insiden tragis dan ngeri yang meragut nyawa tiga orang.

“Kami percaya tiga insiden ini saling berkaitan dan kami menahan seorang lelaki,” kata Ketua Konstabel Kate Meynell pula.

Rakaman televisyen menunjukkan pusat bandar Nottingham ditutup dengan kehadiran sebilangan besar anggota polis. – AFP

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture