Wanita dan Anaknya Tinggal Dalam Rumah Yang Penuh Sampah, Najis dan 300 Ekor Tikus

 

 Wanita dan anaknya tinggal rumah bersampah najis dan 300-tikus

WASHINGTON – Seorang wanita dari Florida, Amerika Syarikat (AS) ditahan polis selepas pasukan keselamatan menemui seorang kanak-kanak yang hidup dalam keadaan yang sangat kotor termasuk najis, serangga dan sampah sarap.

Bukan itu sahaja, polis turut menemui sekitar 300 ekor tikus yang bebas berkeliaran. Polis di Citrus County, Florida, berkata mereka bertindak balas terhadap laporan kekejaman haiwan di rumah Shannon Marie Morgan yang berusia 38 tahun pada hari Rabu, lapor saluran televisyen WTVT-TV.

Apabila pihak berkuasa dari Pejabat Syerif Daerah Citrus tiba di tempat kejadian, mereka menghidu bau ammonia di dalam rumah dan menemui beberapa sangkar dan akuarium kaca menempatkan ular bersama tikus.Ttikus dan kucing berkeliaran berlari di sekitar rumah.

Pihak berkuasa berkata haiwan-haiwan itu telah kehilangan keperluan asas mereka, dan najis serta air kencing bersepah di rumah serta sangkar telah menyebabkan serangan lipas dan serangga lain.

Selain najis haiwan, pihak berkuasa berkata sampah, pinggan mangkuk kotor dan makanan busuk bertaburan di seluruh rumah, yang turut menarik pelbagai serangga. Dalam satu bilik tidur, pegawai polis menemui seekor musang dan seekor anjing di dalam sangkar yang terlalu kecil untuk haiwan itu dan mendapati seorang kanak-kanak kecil di dalam bilik tidur lain dikelilingi oleh sampah yang dipenuhi serangga di atas lantai dan tilam.

Penyiasat juga berkata mereka menemui darah di lantai salah satu bilik tidur yang berpunca daripada seekor kucing memakan salah satu tikus. Pihak berkuasa berkata, lebih 50 ekor tikus ditemui di dalam sangkar dengan kira-kira 300 daripadanya berkeliaran dengan bebas.

Tujuh ekor kucing, seekor anjing dan seekor musang telah dikeluarkan dari rumah dan rumah itu telah diamankan untuk memudahkan pemindahan haiwan yang tinggal.

Morgan telah ditahan atas 12 pertuduhan melakukan kekejaman terhadap haiwan dan satu pertuduhan pengabaian kanak-kanak. DIa diikat jamin dengan $26,000 atau sekitar SGD$44,686. “Penyalahgunaan dalam bentuk apa pun tidak boleh dibiarkan,” kata Sheriff Mike Prendergast mengenai kejadian itu.

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture