Tunjal Kepala Pemandu Wanita, Lelaki Direman 3 Hari

Seorang lelaki berbadan tegap yang tular di media sosial baru-baru ini direman selama tiga hari selepas dia dirakam memukul kepala dan mengugut pemandu wanita ketika dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Tapah.
Memetik laporan Sinar Harian, Majistret Siti Hanum Mohmad Sah telah mengeluarkan perintah reman selama tiga hari yang bermula dari Rabu sehingga Jumaat ini di Mahkamah Majistret Tapah, Perak.
Lelaki berusia 29 tahun itu tiba di mahkamah sekitar jam 8.35 pagi memakai pakaian lokap berwarna ungu dengan tangannya bergari dan diiringi anggota polis.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mendatangkan cedera dan Seksyen 506 serta 509 kanun sama kerana melakukan ugutan jenayah serta perbuatan mengaibkan kehormatan.
Lelaki itu ditahan polis di sekitar Serdang, Selangor pada 6 Jun (Selasa) selepas mangsa berusia 24 tahun itu memfailkan laporan polis berhubung insiden berkenaan.
Lelaki yang bekerja sebagai penyelia kilang di Serdang itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah untuk siasatan lanjut.
Siasatan awal polis mendapati insiden itu berlaku sekitar jam 5.33 petang pada Isnin lalu ketika mangsa dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands, Pahang menuju ke Tapah bersama adik lelakinya yang berusia 17 tahun.
Insiden itu dikatakan berlaku kerana salah faham di atas jalan raya sekitar pusat peranginan Lata Iskandar, Perak apabila mangsa dikatakan cuba memotong sebuah kereta Proton Persona yang berada di hadapannya tetapi tidak dapat berbuat demikian.
Terdahulu, sebuah video berdurasi satu minit tular yang memaparkan tindakan seorang lelaki berbadan tegap memakai baju merah keluar dari kereta dipandunya dan mengetuk cermin kenderaan di belakangnya sebelum memarahi dan memukul kepala pemandu wanita terbabit.























































![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini