Tragedi tentera mengamuk, pengunjung letak kalungan bunga di lokasi

ORANG ramai meletakkan kalungan bunga dan mesej bertulis di hadapan bangunan pusat beli belah Terminal 21. – Foto Reuters
NAKHON RATCHASIMA : Orang ramai yang masih bersedih meletakkan kalungan bunga dan mesej bertulis di hadapan bangunan pusat beli belah Terminal 21 di timur laut Thailand, sehari selepas seorang anggota tentera melepaskan tembakan sehingga membunuh sekurang-kurangnya 29 orang.
Seorang wanita yang membawa sebuah jambangan bunga dilihat bertafakur dan berdoa di luar pusat beli belah di bandar Nakhon Ratchasima, manakala beberapa pengunjung lain menandatangani kad ucapan dan saling berkongsi kesedihan.
Upacara menyalakan lilin bagi memperingati tragedi berdarah itu turut diadakan malam tadi, diketuai barisan sami Buddha.
”Anda berkongsi kesedihan ini. Ia berlaku di sini, di tanah tumpah darah kami. Ia begitu tragik dan menyedihkan,” kata seorang penduduk tempatan, Chirathip Kurapakorn.
Kebanyakan mangsa yang maut itu berada di pusat beli belah berkenaan ketika kejadian, iaitu perhentian terakhir suspek selepas mengamuk dan mencuri senjata dari pangkalan tentera tempat dia bertugas.
Dia yang berang selepas urusan hartanah berjalan tidak seperti diharapkan memulakan pembunuhan berkenaan dengan menembak mati pegawai pemerintah di kediaman mangsa, tengah hari Sabtu.
Suspek kemudian beralih ke pangkalan tentera, membunuh seorang pengawal keselamatan dan mencuri senjata berkuasa tinggi serta peluru, sebelum melarikan diri menaiki kenderaan pacuan empat roda menuju ke sebuah kuil Buddha.
Dia menembak mati sembilan mangsa sebelum memandu ke arah Terminal 21.
Sekurang-kurangnya 29 orang maut manakala 57 lagi cedera di kesemua lokasi terbabit. – Reuters













![[HOAX atau Sahih] Puasa Rejab Saperti Pahala Ibadah 700 Tahun? Berikut Penjelasan 20 Hadis Bulan Rejab [HOAX atau Sahih] Puasa Rejab Saperti Pahala Ibadah 700 Tahun? Berikut Penjelasan 20 Hadis Bulan Rejab](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2020/06/hadits1-272x182.jpg)








































![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
Ulasan Terkini