Guru disabitkan tuduhan kematian 10 pelajar angkara banjir

Pihak berkuasa berusaha menyelamatkan pelajar sekolah yang hanyut di bawa arus. – Foto KOMPAS.com
JAKARTA: Seorang guru pengakap di Yogyakarta, Indonesia didakwa atas kecuaian hingga menyebabkan kematian 10 pelajar sekolah menengah yang dihanyutkan banjir kilat ketika menyeberangi sungai
Jurucakap polis, Komisaris Besar, Yulianto, berkata suspek adalah guru Pendidikan Jasmani di Turi 1, SMP di Sleman.
“Dia didakwa mengikut Artikel 359 Kanun Jenayah di atas kecuaian hingga mengakibatkan kematian serta boleh disabitkan dengan Artikel 360 atas kecuaian hingga menyebabkan kemalangan.
“Jika bersabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih lima tahun,” katanya pada pemberita pada Sabtu lalu.
Dalam kejadian Jumaat lalu, 249 pelajar dari gred tujuh dan lapan dari SMP Turi 1 dihanyutkan arus Sungai Sembor ketika mereka menjalankan kegiatan pengakap.
Kumpulan pelajar lelaki dan perempuan itu dikatakan merentasi hutan dari Kampung Dukuh dekat Donokerto, daerah Turi, Sleman dan menyeberangi tebing sungai itu sejauh kira-kira satu kilometer.
Ketika perjalanan, paras sungai itu meningkat hingga mengakibatkan banjir kilat dan mereka dihanyutkan arus deras.
Seramai 10 pelajar perempuan itu terbunuh dengan dua mayat terakhir itu ditemui pasukan mencari dan penyelamat (SAR) semalam.
Yulianto berkata, kegiatan pengakap itu dipantau tujuh guru pengiring dengan seorang daripadanya berada di sekolah sementara enam guru menyertai pelajar.
Katanya, seorang daripada guru terbabit meninggalkan acara itu, dipercayai atas alasan peribadi dan seorang lagi berada bersama kumpulan pelajar berkenaan.
“Empat lagi bersama pelajar meneruskan kegiatan merentas sungai,” katanya.
Ketua Polis Yogyakarta, Jeneral Inspektor, Asep Suhendar, berkata daripada maklumat yang diperoleh, pengakap itu langsung tidak membawa tali bagi kegiatan itu.
Pengetua SMP Turi 1, Tutik Nurdiana, berkata pihak sekolah tidak diberitahu mengenai aktiviti yang dijalankan pada tengahari Jumaat itu.
Menurut Tita Vhasya Pradita, antara pelajar berusia 13 tahun yang terselamat daripada dihanyutkan banjir itu, ada penduduk kampung meminta supaya membatalkan kegiatan itu kerana bahagian utara sudah dilanda banjir.
“Tetapi guru pengiring mengatakan tiada apa perlu dibimbangkan, nyawa ditentukan Tuhan,” katanya. – AGENSI






















































![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini