Ribuan pesakit dapatkan rawatan di klinik ganja Thailand

Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul.

BANGKOK: Klinik ganja pertama Thailand sudah menerima lebih 4,000 pesakit walaupun baru 10 hari dibuka, manakala 12,000 pesakit lagi sudah membuat temujanji sehingga Mac ini.

Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul, berkata ramai yang berminat mendapatkan rawatan berasaskan ganja selepas mengunjungi klinik dikendalikan di bawah pengawasan kementeriannya.

“Klinik ini memberi ubat mengandungi ganja sebagai antara bahan yang dicampur dalam ramuannya, bagi merawat pesakit yang memerlukan.

“Ia termasuk 8,094 botol minyak hemp menggunakan formula Ajarn Decha dan hampir 2,000 ubatan tradisional.

“Antara lain, kebanyakan pesakit datang untuk menerima rawatan bagi masalah tidak dapat tidur, pening kepala kronik, sakit sendi dan sakit belakang,” katanya.

Sejumlah 4,639 pesakit kumpulan pertama itu adalah yang membuat temujanji lebih awal menerusi proses permohonan dan sudah menemui doktor di klinik berkenaan.

Thailand menjadi negara pertama di Asia Tenggara membenarkan penggunaan ganja dalam perubatan dua tahun lalu, meskipun kebanyakan rakyatnya sudah menggunakan herba berkenaan dalam perubatan tradisional.

Penyelidikan perubatan menunjukkan bahawa minyak kanabis atau ganja boleh membantu pesakit yang mengalami masalah seperti sklerosis dan sawan. – Agensi

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture