Wanita Arab Saudi mula bebas merokok
RIYADH : Rima duduk di sebuah kerusi di satu kafe mewah di Riyadh, melihat sekeliling dengan berhati-hati, sebelum menarik keluar rokok elektronik miliknya dan mula menghembuskan asap.
“Pada saya, merokok di khalayak ramai adalah lambang kebebasan. Saya gembira kerana sudah memilih untuk berbuat demikian,” kata wanita berusia 27 tahun itu yang bekerja di sebuah syarikat swasta.
Sama seperti feminis Barat pada awal kurun ke-20, era perubahan sosial di Arab Saudi menyaksikan segelintir wanita dilihat mula berani merokok, menghisap shisha atau vape sebagai simbol hak asasi.
Wanita merokok di khalayak ramai bukan lagi pemandangan luar biasa sejak beberapa bulan lalu, satu senario yang tidak pernah dibayangkan akan berlaku sebelum bermulanya era reformasi di negara ultra konservatif itu.
Pemerintah de facto, Putera Mohammed Salman melaksanakan pelbagai pembaharuan daripada aspek ekonomi dan sosial bagi menampilkan imej lebih sederhana dan mesra perniagaan.
Kaum wanita kini dibenarkan untuk memandu, menghadiri acara sukan dan konsert serta memiliki pasport tanpa kebenaran penjaga lelaki.
Rima yang mula merokok sejak dua tahun lalu, menepis kebimbangan mengenai bahaya tembakau namun tidak menafikan risau jika keluarganya mendapat tahu.
Wanita itu berkata, beliau sedia menanggung sebarang akibat.
“Saya tidak akan menjelaskan kepada mereka bahawa ia berkaitan kebebasan peribadi kerana mereka tidak akan pernah faham bahawa wanita bebas merokok seperti lelaki,” katanya. – AFP























































![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini