Kafe dipulau, Peminat Blackpink Thailand marah

MQQN Cafe ditutup hari ini dengan tanda ‘tutup’ digantung di sebalik pintu. – Foto AFP

BANGKOK: Sebuah kafe di ibu kota Thailand mengundang kemarahan ribuan peminat kumpulan K-pop, Blackpink, susulan ulasan ‘biadap’ disiarkan pemiliknya mengenai lawatan salah seorang anggota kumpulan itu, Lalisa Manoban

Dirujuk sebagai Lisa oleh peminatnya, anggota berketurunan Thailand dalam kumpulan penyanyi Korea Selatan itu, berkongsi gambar di Instagram daripada penggambaran di MQQN Cafe di Bangkok Khamis lalu dengan lebih 28.1 juta pengikutnya.

Siaran itu, yang menunjukkan Lisa duduk di atas kerusi di restoran bertemakan retro.

Ia mendapat 3.5 juta tanda suka dan 20,500 komen.

Kumpulan K-pop, Blackpink. – Foto Reuters

Namun apa yang sepatutnya menjadi manfaat Tahun Baharu kepada kafe itu sebaliknya bertukar menjadi pahit selepas pemiliknya membuat komen lucah mengenai lawatan itu, cuba menjual perabot diduduki Lisa dan peralatan makan yang digunakan.

Siaran dalam Facebook pemilik kafe itu, yang sudah dipadamkan, menjadi tular apabila peminat Thai menuduh lelaki itu melakukan gangguan seksual, dan beliau segera meminta maaf kerana kenyataan biadap itu.

“Saya menerima semua kritikan, Saya amat kesal atas apa yang berlaku,” kata pemilik kafe, yang menyembunyikan laman Facebook beliau.

Kafe itu ditutup hari ini dengan tanda ‘tutup’ digantung di sebalik pintu.

Kemarahan itu merebak ke laman Facebook kafe itu, mengundang penilaian satu bintang daripada peminat yang menuntut beliau menghormati Lisa dan berjanji akan memulaukan kafe itu. — AFP

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture