Orang Korea Potong Durian Macam Belah Epal

Sesiapa yang suka rancangan aneka ragam ataupun variety show terutamanya dari negara Korea, pasti ramai yang mengetahui mengenai rancangan “Law Of The Jungle”. Secara ringkasnya, rancangan in mengisahkan sekumpulan selebriti-selebriti Korea yang berikhtiar hidup didalam hutan tanpa sebarang bekalan diberikan kepada mereka.

Namun, baru-baru ini tular dilaman Twitter, sedikit sedutan dari rancangan tersebut. Sedutan rancangan itu memaparkan mereka semua teruja apabila menemui buah durian dan sangat tertanya-tanya dengan rasanya.

Cuba tengok cara dia potong
Sedutan dari episod berkenaan, pelbagai aksi dan kelakuan oleh mereka yang pastinya tidak akan dilakukan oleh rakyat Malaysia. Mereka juga teruja kerana dapat merasa dan melihat sendiri raja buah tersebut dengan didepan mata.

https://twitter.com/i/status/1179353855374630914

 

Makan kulit bukan isi

Tambah mereka lagi, artis-artis berkenaan dilihat memakan kulit durian dan bukannya isi buah berkenaan.

 

Siap panjat pokok durian!

Paling mencuit hati, apabila mereka ini dilihat memanjat pokok durian untuk menghidu buah tersebut.

 

Macam-macam hal lah dorang ni…

Disebabkan perkara berkenaan, ramai yang meninggalkan komen dan terhibur dengan gelagat orang luar, yang baru pertama kali kenal dengan buah durian ini.

Sekurang-kurangnya mereka suka…

Salah potong jalurnya

Mengucap banyak kali jugak tengok

Durian rasa macam nenas

Apapun, memang kelakar sungguh tengok gelagat orang luar apabila berjumpa dengan raja buah ini. Macam-macam reaksi dan kelakuan yang ditonjolkan kerana terlalu pelik dengan buahan eksotik ini.

Sumber: Crafynn.

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture