Kisah La Doncella Remaja ‘Beku’ Lebih 500 Tahun Ditemui Atas Puncak Gunung

 


Mumia seorang remaja perempuan yang dikenali sebagai La Doncella atau The Maiden tidur lena dalam tempoh yang cukup panjang sejak ratusan tahun lalu di sebuah muzium di Argentina.

La Doncella merupakan seorang remaja perempuan yang meninggal dunia lebih 500 tahun lalu dalam sebuah upacara pengorbanan di Pergunungan Andes.

Memetik laporan National Geographic, La Doncella dan dua orang kanak-kanak lain ditinggalkan

Pakaian jubah bersempena upacara

Menurut ahli arkeologi yang menemui jasad mereka di Argentina pada tahun 1999, jasad-jasad mangsa dihiasi pakaian jubah bersempena upacara berkenaan dan turut dilihat memakai tudung di kepala sebagai ‘tanda’ utusan ke syurga (fahaman mereka).

Semasa ditinggalkan kesejukan di puncak gunung, gadis itu dipercayai telah meminum arak jagung dan mulutnya masih mengunyah daun koka untuk menghilangkan kesan-kesan sampingan penyakit ketinggian.

Disebabkan tubuh mereka tidak lagi mampu bertahan lebih lama untuk menahan cuaca terlampau sejuk, ketiga-tiga mangsa akhirnya menghembuskan nafas terakhir di puncak gunung berkenaan.

Ketua ekspedisi berkenaan iaitu Johan Reinhard yang juga merupakan penjelajah National Geographic menyifatkan penemuan tersebut sebagai mumia paling sempurna pernah dilihatnya.di puncak gunung dalam keadaan kesejukan ketika mereka menjalani upacara pengorbanan di Pergunungan Andes ketika Empayar Inca.

Johan berkata penemuan jasad La Doncella dan dua kanak-kanak itu membongkarkan pelbagai maklumat tentang kehidupan empayar purba Inca seperti rambut bertocang halus gadis terbabit.

“Penemuan ketiga-tiga mumia pada tahun 1999 itu merupakan kemuncak hidup saya ataupun kerja saya di Andes. Mumia-mumia itu jauh lebih terpelihara daripada Ice Maiden,” ujarnya kepada National Geographic News pada tahun 2005.

Untuk pengetahuan anda, Ice Maiden ialah mumia beku yang ditemui oleh Johan dan rakan sekerjanya di Peru pada tahun 1995.

Selepas ‘dijaga rapi’, mumia La Doncella akhirnya bakal dipamerkan untuk tontonan umum di Muzium Arkeologi High Country di Salta, Argentina pada 6 September ini.

Bagi memelihara keaslian La Doncella, pihak muzium mempamerkan mumia gadis tertua daripada ketiga-tiga mangsa itu dalam persekitaran sejuk dengan kadar oksigen yang rendah untuk menghasilkan semula suasana sebenar seperti kawasan tanah tinggi.

Mumia dua kanak-kanak itu masih kekal dalam simpanan pihak muzium untuk kajian lanjut.

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture