Lelaki China digantung bunuh 4 sekeluarga Jepun
TOKYO: Jepun menjatuhkan hukuman gantung terhadap lelaki China selepas sabit kesalahan membunuh empat sekeluarga yang mayat mereka dijumpai dalam keadaan bergari dan ditenggelamkan di sebuah teluk, kata kementerian kehakiman.
Masako Mori berkata, beliau mengarahkan hukuman mati terhadap Wei Wei selepas mengambil kira rompakan dan beberapa kes pembunuhan yang pernah dilakukan bersama dua lagi pelajar pada 2003.
Wei, 40, bekas pelajar bahasa di Jepun, mengaku bersalah terhadap empat tuduhan pembunuhan tetapi menegaskan dia bukan dalang utama dalam kes itu.
Ketiga-tiga tertuduh dilaporkan melakukan rompakan ke atas kediaman ahli perniagaan Jepun, Shinjiro Matsumoto, 41, di barat daya bandar Fukuoka pada Jun 2003 dan menjerut dia dengan tali leher.
Sementara isteri ahli perniagaan itu, Chika, 40, ditenggelamkan dalam tab mandi dan dua anak mereka dicekik. Semua mayat mangsa dijumpai di Teluk Hakata di Fukuoka, dalam keadaan bergari dan ditenggelamkan dengan objek berat.
Dua lagi suspek melarikan diri ke China tetapi berjaya ditahan di negara itu.
Menurut laporan akhbar harian Asahi Shimbun, ia adalah hukuman bunuh pertama terhadap rakyat asing sejak kementerian mula mengumumkan nama mereka yang dihukum bunuh pada 2009. – AFP






















































![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini