29 mayat ditemui dalam satu liang kubur di Mexico

Sekurang-kurangnya 29 mayat ditemui dalam satu liang kubur di Tlajomulco de Zuniga, Jalisco. – Foto AFP
Pihak berkuasa berkata kubur berkenaan ditemui di Jalisco, kawasan yang sering berlaku keganasan teruk dikaitkan dengan kumpulan jenayah terancang, di mana 80 mayat ditemui sejak November lalu.
Pejabat pendakwa raya tempatan berkata empat daripada mayat berkenaan dapat dikenal pasti dan sepadan dengan penyiasatan mengenai orang hilang yang sedang dijalankan.
Pihak berkuasa meneruskan carian di kubur berukuran 25 meter lebar 47 meter panjang itu, kira-kira 79 meter dari sebuah kubur mengandungi sekurang-kurangnya 50 orang yang ditemui Disember lalu manakala satu lagi kubur mengandungi 31 mayat ditemui November lalu.
Tiga kubur berkenaan ditemui selepas pihak tentera menyerbu sebuah gudang di Tlaquepaque November lalu, di mana lapan orang yang diculik diselamatkan, pelbagai senjata dirampas dan 15 orang ditahan.
Terdahulu, sebuah liang kubur dengan 34 mayat ditemui di Guadalajara pada 3 September manakala sebuah lagi kubur ditemui berhampiran Mei lalu, mengandungi 30 mayat.
Kira-kira 2,500 pembunuhan dilaporkan antara Januari hingga November di Jalisco, yang menjadi pusat operasi kartel Jalisco Nueva Generacion. – AFP






















































![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini