30 orang awam ditahan sebagai tebusan

MANILA: Seorang lelaki ditembak dan kira-kira 30 orang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki bersenjata di pusat beli-belah di ibu kota Manila, Filipina semalam di mana polis dan perunding bersenjata cuba menamatkan ketegangan secara damai.
Lelaki bersenjata itu, bekas pengawal keselamatan di V-Mall, San Juan City, menembak seorang lelaki ketika memasuki pejabat pentadbirannya dan menawan kira-kira 30 orang tahanan di dalamnya, kata Datuk Bandar, Francis Zamora.
“Dia memegang pistol. Dia menjerit menyatakan dia mempunyai bom tangan tetapi pastinya kami tidak ada cara untuk mengesahkan,” kata Zamora kepada wartawan.
Katanya, lelaki yang ditembak itu kini berada di hospital dalam keadaan stabil.
Pasukan SWAT dilihat memasuki pusat beli-belah empat tingkat itu, yang mempunyai lebih 100 kedai. Pembeli dipindahkan dan kawalan keselamatan diwujudkan di sekelilingnya.
Lelaki bersenjata itu dipecat oleh syarikat yang menyediakan khidmat kawalan keselamatan untuk pusat beli-belah itu dan cuba untuk mengajak pengawal lain yang terbabit, kata Zamora sambil menambah bahawa dia menuntut untuk berbicara dengan bekas rakannya melalui panggilan video.
“Dia cuba pada awalnya untuk mengajak pengawal yang lain menyertainya bagi tindakan bantahan terhadap pengurusan pusat beli-belah itu,” katanya kepada saluran berita ANC.
Anna Alberto, yang anak perempuannya, Pauline bekerja di pejabat itu berkata, dia bimbang dengan keselamatannya.
“Dia ada di dalam pejabat itu, kami tidak dapat menghubunginya, maka saya jadi bimbang,” katanya. – REUTERS






















































![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini