Arab Saudi hapus hukuman mati pesalah bawah umur
Gambar fail, Presiden Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Awwad Alawwad. – Foto SP[/caption]RIYADH: Kerajaan Arab Saudi semalam menghapuskan hukuman mati bagi jenayah yang dilakukan pesalah bawah umur, sekali gus menafikan kritikan keras dikatakan melanggar hak asasi manusia.
Pembaharuan itu dilakukan pemerintah de facto, iaitu Putera Mahkota Mohammed Salman untuk memodenkan pemerintahan ultra-konservatif yang sekian lama dikaitkan dengan fahaman Islam Wahabi
Hukuman mati dihapuskan ke atas pesalah yang dilakukan ketika mereka masih bawah umur, kata Presiden Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Awwad Alawwad dalam satu kenyataan sebagai mengulas keputusan kerajaan.
“Sebaliknya pesalah akan diperintahkan menjalani hukuman penjara tidak lebih daripada 10 tahun di penjara juvana,” katanya lagi.
Keputusan itu sekali gus memberi peluang hidup kedua kepada enam pesalah lelaki juvana daripada kumpulan minoriti Syiah yang sedang menunggu menjalani hukuman gantung.
Kumpulan itu dituduh menyertai penunjuk perasaan anti-kerajaan semasa pemberontakan Arab Spring, ketika mereka berusia bawah 18 tahun.
Pakar Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun lalu, mendesak Arab Saudi menghapuskan bentuk hukuman itu, berikutan membabitkan pesalah juvasa.
“Ini hari kemenangan untuk Arab Saudi.
“Keputusan ini akan membantu kita dalam mewujudkan hukuman mati yang lebih moden,” kata Awwad Alawwad.
Arab Saudi dikatakan memiliki rekod terburuk bagi hak asasi manusia dengan pesalah yang disabitkan dengan kesalahan keganasan, pembunuhan, rogol, rompakan bersenjata dan pemerdangangan dadah dikenakan hukuman mati.
Sebagai rekod, Arab Saudi menjatuhkan hukuman itu kepada sekurang-kurangnya 187 orang pada 2019, mengikut data rasmi dengan yang paling tinggi pada 1995, iaitu membabitkan 195 pesalah dihukum gantung.
Sehingga Januari lalu, seramai 12 pesalah sudah menjalani hukuman itu menurut data rasminya.
Kumpulan hak asasi itu berulang kali menyuarakan bantahan itu mengenai keadilan dalam perbicaraan jenayah pemerintahan negara itu, sebuah kerajaan monarki yang melaksanakan hukuman Islam yang ketat.
Sebelum ini, Raja Salman mengumumkan kerajaannya secara rasminya menghapuskan hukuman sebat, yang sekian lama dikritik hebat kumpulan hak asasi manusia. – AFP






















































![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini