Bekas guru lakukan amang seksual dipenjara 21 tahun

 

 

Bekas guru lakukan amang seksual dipenjara 21 tahun

Micky Rife dijatuhkan hukuman penjara 21 tahun oleh Mahkamah Persekutuan AS, kerana melakukan amang seksual di Kemboja.

PHNOM PENH: Seorang bekas guru warga Amerika Syarikat (AS) dijatuhkan hukuman penjara 21 tahun oleh Mahkamah Persekutuan AS, kerana melakukan amang seksual di Kemboja.

Dia didakwa terbabit dalam salah laku seksual bersama dua gadis bawah umur ketika menetap di negara terbabit antara 2013 dan 2018.

Micky Rife, 36, yang sebelum ini menetap di Salyersville, Kentucky, dibicarakan di hadapan Hakim Mahkamah Daerah, Gregory F Van Tatenhove, selepas ditahan oleh Perkhidmatan Marshal AS pada Januari tahun lalu.

Rife, ketika perbicaraan, mengaku melakukan perjalanan ke luar negara pada 3 September 2012 serta 9 Disember 2018 dan antara 7 Mac 2013 hingga 9 Disember 2018, dia menetap di Kemboja.

Sepanjang tempoh itu, dia mengaku menyentuh bahagian sulit dua gadis di bawah umur (bawah 12 tahun) lebih daripada sekali.

januari lalu, akhbar Salyersville Independent yang berpangkalan di AS, melaporkan Rife pada September 2012 mengunjungi Phnom Penh dan bertugas sebagai guru di Sekolah Antarabangsa Hi-Bridge di sana sehingga 5 Disember 2018.

Tertuduh pulang ke AS pada 9 Disember tahun yang sama.

Pada 2013, Siasatan Dalam Negeri Phnom Penh, iaitu cawangan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Kedutaan AS, menerima maklumat berhubung Rife dan perilaku luar biasa Rife terhadap pelajar. – AGENSI

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture