Ikea akan bayar ganti rugi $62 juta kepada keluarga budak yang mati ditimpa laci
Bayi berkenaan, Jozef Dudek meninggal dunia pada Mei 2017 di rumahnya di California apabila sebuah laci model Malm terjatuh lalu menimpa budak itu dan menyebabkannya cedera pada bahagian leher dan sesak nafas. Setahun sebelumnya, perabot itu telah ditarik balik selepas satu siri kemalangan serupa.

Laci Malm terbabit. (Gambar: Ikea
Ibu bapa kanak-kanak itu memfailkan saman terhadap syarikat pembuat perabot Sweden berkenaan pada 2018 atas dasar syarikat itu gagal mengambil langkah bagi memastikan keselamatan dan kestabilan produk-produknya, menurut kenyataan oleh firma perundangan Feldman Shepherd.
Ikea bersetuju pada Isnin (6 Jan) untuk membayar ganti rugi AS$46 juta (S$62 juta) kepada keluarga itu dalam apa yang dianggap jumlah pampasan tertinggi berkaitan kematian kanak-kanak di Amerika Syarikat.
Syarikat itu pada 2016 mencapai penyelesaian sebanyak AS$50 juta (S$67 juta) yang dikongsi antara tiga keluarga yang kehilangan anak mereka dalam kes serupa melibatkan laci Malm.
Ikea mengesahkan ganti rugi baru itu kepada AFP.
“Kami kekal komited untuk bertindak secara proaktif dan bersama bagi menangani isu penting mengenai keselamatan di rumah. Sekali lagi, kami mengutuskan takziah kepada keluarga itu,” menurut Ikea dalam kenyataannya.
Berikutan persetujuan yang dicapai bersama keluarga Dudek, Ikea meningkatkan usaha bagi menghubungi para pelanggan yang membeli perabot Malm atau produk-produk serupa.
Ikea mengumumkan arahan tarik balik hampir 36 juta laci Malm di Amerika Utara dan 1.6 juta produk itu di China setelah enam kanak-kanak meninggal dunia dan lagi 30 cedera di Amerika Syarikat dalam kejadian membabitkan perabot berkenaan.
– AFP























































![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini