Lelaki mulakan pergaduhan dalam MRT lepas insiden tenung-menenung, didenda S$5,000
You may also like
Halaman 1 dari 3
oleh MaCaM2.CoM · November 25, 2019
SINGAPURA: Lelaki yang memulakan pergaduhan dalam kereta api MRT disebabkan insiden tenung-menenung dikenakan denda maksimum S$5,000 hari ini (25 Nov).
Muhammad Farid Jalil tiba di mahkamah lewat sejam bagi perbicaraannya dan disoal oleh Hakim.
Lelaki berusia 26 tahun yang bekerja sebagai penghantar makanan itu memberitahu Hakim Daerah Victor Yeo bahawa dia bangun lambat, tersekat di jalan raya dan pergi ke bilik mahkamah yang salah.
“Mengapa awak pergi ke Mahkamah 25?’ tanya Hakim di Mahkamah 12 itu.
Farid menjawab: “Ada banyak bilik mahkamah di sini. Saya lihat tarikhnya dan bukan nombor bilik mahkamahnya.”
Dia mengaku bersalah atas satu tuduhan mengganggu ketenteraman awam dan bergaduh dengan seorang lagi tertuduh, Irfan Akid Kamis, 17 tahun di dalam kereta api di Raffles Place pada 7 November 2018.
Dia menaiki kereta api itu di Stesen Outram Park menghala ke Tanah Merah apabila dia menyedari bahawa Irfan menenungnya.
Farid kemudian menghampiri remaja itu sedang kereta api tiba di Stesen Raffles Place untuk bersemuka dengannya.
Mereka mula bergaduh dan Farid menumbuk Irfan pada bahagian muka.
Kedua-duanya saling bertumbuk dan butang komunikasi kecemasan diaktifkan menyebabkan kakitangan SMRT pergi di tempat kejadian.
Kakitangan berkenaan memberikan bantuan kecemasan dan mengarahkan agar polis dihubungi.
Video-video kejadian itu kemudian tersebar luas di Facebook dan kedua-dua lelaki diberkas sejurus selepas itu.
Irfan mengalami kecederaan pada bahagian pipi dan belakang kepala. Manakala Farid mengalami bibir bengkak dan lebam, kesan luka dan juga darah beku pada bahagian hidungnya.
Timbalan Pendakwa Raya Pheobe Tan kemudian meminta mahkamah agar mengenakan denda maksimum sebanyak S$5,000 kerana Irfan mengalami kecederaan dan dia mengganggu ketenteraman awam.
Beliau berkata “terdapat keperluan lebih besar untuk melindungi ketenteraman awam” dalam sekitaran bandar yang mungkin sesak, lebih-lebih lagi di kawasan pengangkutan awam.
Beliau juga mengatakan bahawa Farid memulakan insiden itu dan “bersemuka” dengan Irfan walaupun “tidak perlu” dan memberikan tumbukan pertama.
Dia sebelum ini pernah dikenakan probesen pada 2010 kerana mencuri motosikal dan memandu tanpa lesen serta diarahkan mengikuti latihan pemulihan setelah melanggar arahan probesen.
Farid, yang tidak diwakili peguam, memberitahu mahkamah bahawa dia tidak mampu membayar denda S$5,000 itu. Maka itu, dia akan dipenjara selama dua minggu.
Dia merayu kepada mahkamah agar memberikan jumlah denda minimum, sambil berkata dia mahu meminta maaf kepada umum kerana mengganggu ketenteraman.
“IA KESILAPAN YANG SAYA KESALI,” KATA FARID
“Ia adalah kesilapan yang saya betul-betul kesali,” kata Farid.
“Saya tidak ada sejarah kes perbuatan ganas atau yang seperti itu. Dan paling penting, saya memohon maaf. Saya betul-betul menyesal atas perbuatan saya kepada pihak lagi satu (Irfan) juga.”
Farid berkata dia bekerja sambilan menghantar makanan, meraih pendapatan sekitar S$500 sebulan dan menanggung ibunya.
“Saya tidak mampu membayar S$5,000,” kata Farid, yang bertanya sama ada dia boleh membayar secara ansuran.
Hakim kemudian berkata dia tidak cenderung untuk membenarkannya.
Hakim Yeo menambah Farid memulakan insiden tersebut sehingga para penumpang lain terjejas disebabkan perbuatannya dan beliau setuju mengenakan denda maksimum adalah wajar.
Irfan pula dijatuhi hukuman probesen 15 bulan pada 22 November lalu atas peranannya dalam insiden pergaduhan tersebut serta satu lagi tuduhan terlibat sebagai anggota kumpulan kongsi gelap.
Bagi kesalahan mengganggu ketenteraman dengan bergaduh di tempat awam, kedua-dua lelaki boleh dipenjara sehingga setahun, didenda maksimum S$5,000 atau kedua-duanya sekali.
Sumber: CNA
| Singapura Rabu, 11th November, 2026 1th Jumada-Al-Thani, 1448 | |
| Waktu Solat | Jam |
|---|---|
| Subuh | 5:28 AM |
| Syuruk | 6:47 AM |
| Zohor | 12:48 PM |
| Asar | 4:11 PM |
| Magrib | 6:50 PM |
| Ishak | 8:00 PM |
““Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan anda diabaikan orang.”“
Penganjur Ratu Universe isytihar Filipina pemenang sebenar Kostum Kebangsaan Terbaik
Guru muzik Vietnam dipenjara 11 tahun kerana tulisan Facebook
Bagaimana Manusia dengan Kemaluan Lelaki dan Perempuan Menjalani Kehidupan Mereka
Presiden Filipina ugut bunuh pengedar dadah
Nenek 83 tahun berkahwin lelaki 37 tahun, dilarang melakukan hubungan seks kerana kulit boleh terkoyak


















”
وقال عليه الصلاة والسلام: {الصَّبْر وَصِيَّةٌ مِنْ وَصَايَا الله تَعَالى في أَرْضَهِ، مَنْ حَفِظَهَا نَجَا، وَمَنْ ضَيَّعَهَا هَلَكَ}.
Nabi Shollallohu alaihi wasallam bersabda : “Sabar itu salah satu wasiat dari beberapa wasiat Allah ta’ala di bumi, barang siapa menjaganya maka dia selamat dan barang siapa mensia-siakannya maka dia celaka.”“






















Ulasan Terkini