Arab Saudi akan hapuskan hukuman sebat

 

Gambar hiasan

RIYADH: Arab Saudi akan menghapuskan hukuman sebat sebagai salah satu bentuk hukuman, demikian menurut dokumen undang-undang yang dilihat oleh media.

Arahan daripada Mahkamah Agung negara Teluk itu menyatakan bahawa hukuman sebat akan digantikan dengan hukuman penjara atau denda.

Menurut laporan BBC, arahan itu menyatakan ia adalah lanjutan daripada pembaharuan hak asasi manusia yang dibawakan oleh Raja Salman dan puteranya, pemerintah de facto iaitu Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Arab Saudi dikritik kerana memenjarakan puak pembangkang, dan berhubung pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.

Penyokong kempen menyatakan bahawa Arab Saudi memiliki salah satu rekod terburuk bagi hak asasi manusia di dunia, dengan kebebasan bersuara dikekang teruk dan kritikan kepada pemerintah tertakluk kepada penangkapan sewenang-wenangnya.

Kali terakhir hukuman sebat menjadi tumpuan di negara itu ialah pada tahun 2015 ketika penulis blog, Raif Badawi, dikenakan hukuman di hadapan umum, selepas disabitkan dengan jenayah siber dan menghina Islam.

Beliau dijatuhkan hukuman 1,000 kali sebat secara mingguan tetapi kemarahan global dan laporan dia hampir mati disebabkan sebatan menyebabkan hukuman dihentikan.

Penyunting Hak Ehwal Arab BBC, Sebastian Usher, berkata perkara itu jelas memburukkan imej Arab Saudi.

Jumaat lalu, , seorang aktivis hak asasi manusia Arab Saudi yang paling terkenal meninggal dunia di penjara selepas diserang angin ahmar yang didakwa rakan aktivis disebabkan oleh diabaikan daripada menerima bantuan perubatan. – AGENSI

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture