Ini memang ‘Salah’

 

EMPAT lelaki ditahan di Kaherah selepas menggunakan ‘muka’ Mohamed Salah.

KAHERAH: Empat lelaki ditahan di Kaherah selepas menggunakan ‘muka’ penyerang Liverpool untuk merompak sebuah kedai.

Kumpulan perompak itu ditahan oleh polis apabila memakai topeng muka wajah Mohamed Salah bagi mengelak identiti mereka diketahui.

Mereka ditahan ketika cuba merompak sebuah kedai di Jalan Hassanein Heikal, di kejiranan Nasr City dekat ibu kota Mesir.

Semua empat perompak itu menutup muka mereka dengan topeng penyerang Liverpool itu yang juga bintang besar di negaranya.

Kumpulan terbabit cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan pihak berkuasa.

Salah ialah bintang sukan paling terkenal di Mesir.

Dia adalah pemain utama skuad kebangsaan dengan 41 gol dalam 67 perlawanan buat negaranya.

Popularitinya semakin meningkat sejak berhijrah ke Liverpool pada 2017. – Agensi

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture