Wanita Thailand ditangkap kerana lacurkan anak perempuan kurang upaya intelektual

(Gambar: The Bangkok Post)
BANGKOK: Seorang wanita ditangkap kerana didakwa melacurkan anak perempuannya yang kurang upaya intelektual kepada tujuh lelaki, sebelum memeras ugut mereka untuk membayar sebanyak 250,000 baht (S$11,260).
Cik Kannanat, 39 tahun diberkas di sebuah bilik kondominium di Bangkok, kata polis dalam sidang media di Udon Thani pada Khamis (26 Dis).

Kannanat 39, diinterogasi kerana didakwa mengambil anak perempuan cacat mentalnya untuk tidur dengan mereka dan kemudian memeras wang dari mereka. Polis merampas pakaian seragam kerajaan dari rumahnya di Udon Thani. (Gambar oleh Yutthapong Kamnodnae)
Satu waran tangkap dikeluarkan terhadap wanita itu oleh mahkamah Udon Thani pada 29 Nov kerana memeras ugut wang daripada orang lain dan memakai seragam kerajaan.
Sebelum ini, seorang jurujual berusia 24 tahun yang bekerja di sebuah gedung beli-belah membuat aduan polis di balai polis Nam Som pada 18 Julai lalu kerana Cik Kannanat dan Cik Yingluck Yoo-in didakwa memeras ugut wang daripadanya. Beliau menuduh mereka membuat seorang wanita kurang upaya intelektual berusia 19 tahun melakukan seks dengannya.
Mangsa memberitahu polis bahawa beliau mengenali remaja itu menerusi aplikasi dating ‘Badoo’. Beliau kemudian meminta nombor telefonnya dan mereka bersetuju untuk bertemu di Hospital Hong Han pada 3 Jun. Apabila mereka bertemu, mangsa mendapati remaja itu cantik tetapi tidak banyak berbual. Lelaki itu kemudian menidurinya di sebuah resort di daerah itu. Keesokan harinya, beliau menghantar remaja itu ke terminal untuk menaiki bas pulang.
Tidak lama kemudian, lelaki itu menerima panggilan daripada bapanya bahawa dua wanita memakai seragam kerajaan datang ke rumahnya. Salah seorang daripada mereka mengadu bahawa beliau menggoda anak perempuannya melakukan hubungan seks dan mengancam menangkapnya.
Lelaki itu kemudian bergegas pulang untuk menemui wanita itu. Cik Kannanat yang mendakwa dia seorang guru di Sakon Nakhon, memberitahunya dia ialah ibu kepada remaja perempuan itu manakala Cik Yingluck mendakwa dia adalah ibu saudaranya. Mereka ke rumah mangsa dengan menaiki trak yang dipandu seorang lelaki bernama Kritsadakorn Phonluea.
Cik Kannanat memberitahu lelaki itu bahawa bapa remaja itu merupakan Timbalan Superintendan berpangkat Leftenan Kolonel di balai polis Nam Som. Jika suaminya tahu akan penderaan seksual yang didakwanya itu, beliau akan dikenakan dakwaan menafikan penjagaan ibu bapa terhadap remaja itu.
Cik Kannanat kemudian menuntut 250,000 baht (S$11,260) daripada mangsa sebagai bayaran tutup mulut dan tidak melaporkan kes ke balai polis.
Namun muslihat wanita itu akhirnya terdedah apabila pemandu trak mereka, Encik Kritsadakorn memberitahu perkara sebenar kepada lelaki itu. Beliau memberitahu lelaki itu, remaja tersebut kurang upaya intelektual dan dipergunakan oleh ibunya untuk memeras ugut wang daripada lelaki.
Polis kemudian memanggil Cik Yingluck bagi soal siasat. Wanita itu memberitahu polis bahawa Cik Kannanat bersubahat dengan enam lagi suspek untuk menyenaraikan anaknya dalam aplikasi mencari jodoh Badoo untuk mencari mangsa. Remaja itu tidak boleh membaca ataupun menulis, kata Cik Yingluck.
Ibu remaja itu mengaturkan pengangkutan untuk menghantar anak perempuannya bertemu dengan mangsa yang kemudian melakukan hubungan seks dengannya.
Sejauh ini, ibu remaja itu memeras ugut wang daripada enam lagi lelaki di Udon Thani, Khon Kaen, Sakon Nakhon dan Nong Bua Lamphu.
Polis memperolehi bukti dan mendapatkan kelulusan mahkamah untuk menangkap Cik Kannanat yang ditangkap di kondominium di daerah Samrong Nua di Bangkok pada 25 Dis. Anak perempuannya ditemui dalam bilik semasa serbuan berkenaan.
Suspek dibawa ke balai polis Nam Som bagi siasatan. Pakaian seragam kerajaan turut dirampas daripada rumahnya.
Cik Kannanat bagaimanapun menafikan dakwaan peras ugut, tetapi mengaku memakai seragam kerajaan tersebut.
Timbalan Ketua Polis Udon Thani, Songphol Boribanprasert mengatakan bahawa wanita itu menukar namanya sebanyak 10 kali dan menghadapi lebih daripada 10 waran tangkapan berhubung kesalahan peras ugut.
– Agensi berita






















































![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini