Sindiket cinta palsu antarabangsa tumpas

 

Satu sindiket penipuan antarabangsa, yang menjadikan hubungan cinta dalam talian sebagai modus operandi berjaya ditumpaskan oleh pasukan polis tempatan dan Malaysia. – Foto hiasan

SINGAPURA: Satu sindiket penipuan antarabangsa, yang menjadikan hubungan cinta dalam talian sebagai modus operandi berjaya ditumpaskan oleh pasukan polis tempatan dan Malaysia.

Sindiket berkenaan yang berpangkalan di Kuala Lumpur, disyaki terbabit dalam penipuan melalui telefon dan hubungan cinta internet, kata pasukan polis Singapura menerusi satu kenyataan, semalam.

Dua lelaki Nigeria berusia 23 dan 27 serta seorang wanita Zambia berusia 21 ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur, manakala seorang lelaki Malaysia berusia 41 tahun ditahan di negara ini oleh Jabatan Hal Ehwal Komersil Polis Singapura (CAD).

Menurut polis, pihak mereka menerima aduan pada 26 Disember lalu, berhubung pemindahan wang berjumlah S$50,000 dari akaun bank seorang individu, tanpa sebarang kebenaran.

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture