FC Seoul minta maaf guna patung seks

 

 

FC Seoul didakwa guna 30 patung seks ganti penyokong sebenar bagi penuhi tempat duduk penyokong ketika menentang Gwangju FC.

SEOUL: FC Seoul tampil memohon maaf selepas didakwa menggunakan patung seks bagi memenuhi tempat duduk penonton di stadium pada perlawanan hujung minggu lalu.

Tindakan kelab itu menggunakan patung seks pada perlawanan menentang Gwangju FC itu jelas menyebabkan peminat berang.

Kelab itu bagaimanapun menegaskan penggunaan patung silikon – bagi menggantikan penonton sebenar, yang tidak dibenarkan menyaksikan perlawanan kerana COVID-19 – tidak mempunyai kaitan dengan alat mainan seks.

Namun, sebahagian daripada penonton tiruan yang digunakan pada perlawanan itu memakai kemeja-T dengan logo SoloS yang melambangkan penjual alat permainan seks.

Beberapa patung lain, yang memakai pelitup muka dan duduk berasingan mengikut panduan penjarakan sosial, memaparkan iklan beberapa syarikat dan ada di antaranya model.

Secara keseluruhannya terdapat 30 patung – 28 daripadanya adalah wanita, manakala bakinya lelaki.

FC Seoul berkata syarikat yang menyediakan patung silikon sebelum ini turut berkhidmat kepada SoloS, iklan di mana mereka berpakaian.

“Kami memohon maaf setulus hati kerana mencetuskan kebimbangan di kalangan peminat,” kata FC Seoul dalam satu kenyataan susulan desakan daripada peminat dan media.

“Kami sudah membuat pengesahan dari peringkat awal lagi bahawa mereka tidak mempunyai kaitan dengan alat permainan seks,” kata kelab itu.

Musim baharu Liga K bermula pada 8 Mei lalu selepas ditangguhkan lebih dua bulan kerana pandemik COVID-19, tetapi peminat tidak dibenarkan hadir menyaksikan perlawanan

Dalam perlawanan itu, FC Seoul menang 1-0. – AGENSI

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture