Gajah kurus-kering digunakan dalam majlis perarakan

Foto ini diambil pada 13 Ogos 2019 menunjukkan gajah kurus yang berusia 70 tahun Tikiri makan di Temple of the Goth di pusat kota Kandy, di mana dia dibawa menghadiri pertandingan agama Buddha tahunan. (Foto: AFP / STR)
Kandy, Sri Lanka – Gambar seekor gajah dalam keadaan sangat menyedihkan yang digunakan dalam satu festival kostum di sini baru-baru ini telah mengundang kemarahan pencinta haiwan seluruh dunia, lapor akhbar Daily Mail.
Yayasan Selamatkan Gajah mendedahkan gambar gajah betina bernama Tikiiri berusia 70 tahun itu pada Isnin lalu selepas haiwan kurus-kering tersebut digunakan dalam perarakan Buddha selama 10 hari bersama 60 ekor gajah lain.
Badan cengkung Tikiiri yang jelas menonjolkan tulang rusuk seperti seekor haiwan kebuluran cuba disembunyikan dengan hamparan kain di atas badannya sepanjang Festival Perahera itu diadakan.
Festival itu menggunakan sebilangan haiwan yang dihias dengan kostum menarik di samping persembahan tarian, semburan api, muzik dan banyak lagi.
“Tikiiri menyertai perarakan itu setiap petang sehingga lewat malam selama 10 hari berturut-turut serta berdepan bunyi bising, dentuman pertunjukan bunga api dan asap,” jelas yayasan tersebut dalam satu kenyataan akhbar.
“Gajah betina itu berjalan beberapa kilometer setiap malam supaya orang ramai merasakan diri mereka diberkati sepanjang acara tersebut,” tambah kenyataan itu.
Yayasan tersebut mendedahkan Tikiiri ‘bekerja’ untuk Kuil Tooth di bandar Kandy dan memohon orang ramai menulis kepada Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe supaya menghentikan kekejaman itu.
Seorang jurucakap bagi kuil tersebut memberitahu akhbar Metro UK bahawa mereka ‘sentiasa menjaga kebajikan haiwan’ yang digunakan dalam semua acara dianjurkan. – Agensi






















































![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
Ulasan Terkini