Teruskan tradisi 500 tahun keluarganya laungkan azan

Firas al-Qazzaz, yang melaungkan azan subuh bergambar di depan masjid di perkarangan Al-Aqsa di Baitulmaqdis. – Foto AFP
BAITULMAQDIS: Ketika matahari mula menerangi Baitulmaqdis, suara Firas al-Qazzaz bergema lembut di kota lama itu dengan melaungkan azan subuh di Masjid Al-Aqsa
Qazzaz adalah dari ahli keluarganya yang terakhir dalam tempoh 500 tahun lalu yang memimpin azan dari menara di masjid Al-Aqsa iaitu tempat ketiga paling suci dalam Islam.
“Bila kamu ingin memanggil orang supaya bangkit dari tidur, panggil dengan lembut,” kata Qazzaz sambil menjelaskan terdapat lima tona suara mengikut lima waktu solat.
Keadaan yang dulunya penuh dengan kehidupan, kini sunyi sepi disebabkan oleh wabak COVID-19, masjid ditutup tanpa kehadiran jemaah, namun laungan azan Qazzaz sangat jelas dan merdu tanpa sebarang gangguan bunyi hon dan sebagainya.
“Ini adalah satu penghargaan dari Tuhan bahawa keluarga ini dikurniakan dengan suara yang merdu untuk melaungkan azan di Masjid Al-Aqsa,” katanya kepada AFP.
Nenek moyangnya berpindah dari Hijaz di Arab Saudi untuk mengambil tanggungjawab sebagai muazzin masjid pada abad ke-15, dan sejak itu keluarga berkenaan mewariskan gelaran itu dari generasi ke generasi.
Malah bapanya memegang jawatan berprestij itu selama lebih 40 tahun yang turut menjadi idaman Qazzaz.
Ketika usia 14 tahun, Qazzaz meminta izin ayahnya untuk melaungkan azan.
“Cuaca sangat sejuk dan bersalji, saya bimbang jika ada yang mendengarnya dan tidak berpuas hati kerana Al-Aqsa mempunyai kehormatannya. Ia tidak mudah, tetapi saya melaungkannya juga.
“Ketua di situ bertanya, siapa yang melaungkannya dan ayah menyatakan ia adalah saya, b eliau memuji kemerduan suara namun masih lemah,” katanya yang mengikuti latihan di sebuah institusi swasta di Baitulmaqdis sebelum menghabiskan setahun di Kaherah, di masjid Al-Azhar, belajar dari seorang tuan Mesir, Sheikh Mohammed al-Masri.
Qazzaz berkata, kebanyakan artis terkenal Arab bermula dengan membaca Al-Quran, sama seperti penyanyi, Umm Kulhtum dan juga penyanyi, Sabah Fakhry dikenali sebagai muazzin di masjid.
Qazzaz yang mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun berkata, jika beliau mempunyai seorang anak lelaki, beliau berharap anak itu dapat mengikuti jejak langkahnya.
“Muazzin melaungkan azan untuk memanggil orang bersembahyang dan bahagian paling cantik ialah ia meninggalkan kesan ke dalam jiwa seseorang.
“Kita memohon kepada Tuhan untuk segera menghentikan pandemik ini menjelang Ramadan ini dan berharap Masjid Al-Aqsa dan semuanya akan dibuka semula,” katanya. – AFP






















































![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini