Doktor India berjuang pulihkan penglihatan kanak-kanak mangsa rogol

 

Foto hiasan.

NEW DELHI: Doktor di India berjuang untuk memulihkan penglihatan kanak-kanak perempuan tujuh tahun yang dirogol dan mata dirosakkan supaya tidak dapat mengenalpasti penyerangnya

Polis sudah menahan seorang lelaki berusia 21 tahun berikutan serangan itu yang berlaku di negeri tengah Madhya Pradesh.

Menurut Pegawai Kanan Polis, Hemant Chauhan, kanak-kanak itu diumpan ke sebuah rumah terbengkalai ketika bermain dengan rakannya pada malam Rabu.

“Dia ditemui di rumah itu dengan tangannya diikat dan luka parah pada matanya.

“Suspek, yang tinggal berdekatan tempat kejadian dan ditangkap pada hari Khamis, mengaku melakukan jenayah itu.

“Suspek menekan jarinya dengan kuat ke mata kanak-kanak itu … Doktor berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mata. Kami amat berharap,” katanya.

Ketua Suruhanjaya Wanita Delhi, Swati Maliwal, menyifatkan serangan itu sebagai ‘keji dan menjijikkan’.

“Saya menuntut hukuman yang paling berat terhadap raksasa ini,” katanya melalui aplikasi di Twitter.

Serangan terbaru itu berlaku selepas empat lelaki dihukum gantung bulan lalu berhubung kes kejam rogol beramai-ramai Delhi 2012 yang mendapat perhatian luas seluruh dunia.

Menurut data rasmi, hampir 34,000 kes rogol dilaporkan di India pada 2018, di mana Madhya Pradesh mempunyai jumlah tertinggi iaitu dengan 6,500 kes.

Tetapi angka itu dianggap terlalu sedikit kerana banyak lagi kes yang tidak dilaporkan berikutan mangsa takut untuk tampil ke depan. – AFP

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture