Kasut ‘ramen’ jenama mewah undang komen lucu netizen

Gambar: Diet_prada/Instagram

ITALI: Ini kasut atau mi ramen?

Demikian antara soalan para pengkritik fesyan sebaik saja jenama mewah Bottega Veneta melancarkan koleksi terbarunya sempena ketibaan tahun 2020 tidak lama lagi.

Koleksi kasut ‘macarame’ hasil jenama asal Itali itu menarik perhatian para netizen baru-baru ini dek dikatakan menyerupai mi ramen.

Ia turut dilancarkan dalam beberapa rekaan termasuk sandal dan kasut tumit tinggi berwarna coklat dan kuning.

Dengan reka bentuk sedemikian, tidak hairanlah, ramai yang menulis komen. Rata-rata merasakan rekaannya lucu namun menyifatkannya strategi bijak oleh jenama itu dalam menarik perhatian pembeli.

“Perasanya didatangkan sekali atau kena beli asing?” tulis seorang netizen.

Malah, ada yang menyamakan rekaan kasut itu dengan rambut Justin Timberlake ketika dia bersama kumpulan NSYNC pada era 90an.

“Adakah rekaan kasut itu diinspirasikan daripada rambut Justin Timberlake sekitar tahun 1999?” tulis salah seorang lagi.

Sebaliknya, ada juga yang tertarik dengan rekaan kasut tersebut dan menyatakan minat untuk membelinya.

“Saya terasa ingin membelinya,” kata seorang peminat jenama tersebut.

– Agensi berita

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture