Lelaki tertua di dunia meninggal pada usia 112 tahun

 

Chitetsu Watanabe yang diiktiraf sebagai lelaki tertua di dunia oleh Rekod Dunia Guiness. – Foto AFP

TOKYO: Seorang lelaki Jepun, yang baru-baru ini dinamakan sebagai lelaki tertua di dunia meninggal dunia pada usia 112 tahun.

Pegawai tempatan melaporkan, Chitetsu Watanabe, yang dilahirkan pada 5 Mac 1907 di Niigata, selatan Tokyo, meninggal dunia Ahad lalu, di rumah jagaannya di wilayah yang sama.

Berita itu dilaporkan kurang dua minggu selepas dia secara diiktiraf oleh Rekod Dunia Guiness.

Watanabe yang mempunyai lima anak sebelum ini berkata, rahsia dia panjang umur adalah ‘tidak marah dan sentiasa tersenyum’.

Dia mengakui adalah penggemar manisan seperti puding kastard dan ais krim.

Menurut Jiji Press, lelaki tertua di Jepun ketika ini ialah Issaku Tomoe yang berusia 110 tahun, walaupun tidak pasti sama ada dia memegang rekod itu di peringkat dunia.

Individu yang tertua di dunia ketika ini juga seorang warga Jepun, iaitu Kane Tana, wanita berusia 117 tahun.

Jepun adalah satu daripada negara yang mempunyai penduduk dengan jangka hayat paling lama, yang mana beberapa rakyatnya diiktiraf antara yang tertua yang masih hidup. – AFP

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture