Lima terkorban bom tangan meletup di majlis perkahwinan

 

Bom tangan yang diletupkan oleh seorang ahli pasukan keselamatan Sudan di sebuah majlis perkahwinan di ibu negara Sudan membunuh dirinya dan empat yang lain. – Foto AFP

KHARTOUM: Bom tangan yang diletupkan oleh seorang ahli pasukan keselamatan Sudan di sebuah majlis perkahwinan di ibu negara Sudan membunuh dirinya dan empat yang lain, kata polis semalam.

Tidak jelas sama ada letupan di daerah miskin Haj Youssef di timur Khartoum itu adalah perbuatan sengaja atau tidak disengajakan.

Kementerian Kesihatan berkata, 40 orang yang menghadiri perkahwinan itu turut cedera.

Keadaan keselamatan di ibu negara Sudan itu masih rapuh selepas pemberontakan tahun lalu yang menyebabkan pengusiran pemerintahan lama Omar al-Bashir pada bulan April berikutan protes selama berbulan terhadap pemerintahannya. – AFP

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture