Pegawai polis dikerah dengar teriak minta tolong, rupa-rupanya burung kakak tua

Gambar hiasan

FLORIDA: Apabila mendengar suara yang berteriak meminta tolong, mungkin antara reaksi pertama anda adalah untuk membuat panggilan polis.

Begitulah yang dilakukan oleh seorang penduduk di Lake Worth Beach, Florida, baru-baru ini, apabila terdengar suara berteriak “Lepaskan saya!”. Namun kesudahannya pula mungkin tidak seperti yang dijangka.

Setelah menerima panggilan, empat pegawai polis dari Palm Beach County dikerahkan ke kawasan perumahan yang terlibat dan menemui seorang lelaki sedang membaiki kereta di halamannya.

Palm Beach Post melaporkan, apabila disoal, lelaki terbabit sekadar tersenyum dan berkata beliau akan memperkenalkan ‘pihak bertanggungjawab’ di sebalik panggilan meminta bantuan lalu beredar memasuki rumah.

Sekembalinya lelaki itu, para pegawai polis tertawa kerana lelaki itu membawa bersamanya seekor burung kakak tua yang dinamakan Rambo.

Menurut lelaki itu, beliau mengajar Rambo untuk ‘berkata’ “Lepaskan saya!” sejak kecil lagi.

– AP

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture