Sukarelawan selamatkan ular sawa terperangkap di dalam perigi

GOVIND turun ke dalam sebuah perigi untuk menyelamatkan seekor ular sawa yang terperangkap di Udaipur, Rajashtan baru-baru ini.

UDAIPUR, India – Seekor ular sawa diselamatkan oleh seorang sukarelawan selepas reptilia berkenaan terperangkap di dalam sebuah perigi di bandar ini dalam negeri Rajasthan, baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail.

Govind Solanki yang menyertai Pertubuhan Haiwan Liar dan Terbiar di India turun ke dalam perigi sedalam 6 meter untuk menyelamatkan ular sawa tersebut.

Dia berbuat demikian kerana bimbang ular sepanjang 1.8 meter itu akan dibunuh penduduk kampung yang menggunakan perigi tersebut.

Govind bersama beberapa sukarelawan lain mengambil masa cuma dua minit untuk mengeluarkan ular itu.

Rakaman di lokasi kejadian menunjukkan haiwan itu terapung di dasar perigi. Govind kemudian diturunkan ke dalam perigi itu oleh pasukan sukarelawan dengan menggunakan tali.

Selepas diselamatkan, reptilia itu dilepaskan kembali ke habitat asalnya di hutan.

Beberapa sukarelawan berkata, ular sawa berkenaan dipercayai terperangkap di dalam perigi itu selama beberapa hari. – Agensi

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture