Sultan Kelantan, isteri bercerai 1 Julai
Kuala Lumpur, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dilaporkan sudah bercerai dengan wanita warga Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko.
Menurut laporan New Straits Times hari ini (17 Jul), sumber tersebut mengesahkan penceraian itu dimuktamadkan pada 1 Julai lalu, menyusuli pemfailan cerai di Mahkamah Syariah Singapura pada 22 Jun.
Sebelum ini terdapat laporan yang menyatakan pasangan yang berkahwin kira-kira setahun lalu itu sudah bercerai talak tiga, lapor New Straits Times.
Sementara itu Timbalan Menteri Besar Kelantan Encik Mohd Amar Nik Abdullah ketika ditemui pemberita sebentara tadi berkata kerajaan negeri tiada maklumat rasmi berkenaan perkara itu.
Istana Kelantan semalam dalam kenyataan memaklumkan tiada siapa boleh digelar sebagai Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau ‘Queen of Kelantan’ tanpa pengumuman rasmi daripada pihak istana.
Ini merupakan kenyataan pertama dari Istana Kelantan selepas lapan bulan berkaitan khabar angin melibatkan Sultan Muhammad V dan perkahwinnanya, yang juga dipenuhi dengan tanda tanya.
Ketika itu, Sultan Muhammad V adalah Yang di-Pertuan Agong ke-15 sebelum meletakkan jawatan pada 6 Januari lalu, menurut New Straits Times.
Cik Rihana Oksana juga sudah membuka sebuah akaun Instagram dengan nama ‘rihanapetra’.
Beliau menggunakan akaun tersebut untuk memuat naik catatan berkenaan kisah hidupnya dengan Sultan Muhammad V.
Ini termasuk satu catatan di Instagram yang memaparkan gambar anak sulungnya iaitu Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra yang disifatkannya sebagai ‘bakal raja Kelantan’.
– Agensi berita/NA/na























































![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini