12 pendatang ditemui dalam trak sejuk

Seramai 11 lelaki Syria dan seorang rakyat Sudan ditemui masih hidup di dalam trak sejuk di Belgium. – Foto AP

BRUSSELS. Seramai 11 lelaki Syria dan seorang rakyat Sudan ditemui masih hidup di dalam trak sejuk di Belgium yang mengangkut buah-buahan dan sayur, kata polis semalam.

Penemuan itu berlaku ketika polis Britain menyiasat kematian 39 orang seminggu lalu dalam satu lagi trak sejuk yang diletakkan di timur London.

Kargo manusia Belgium itu ditemui di jalan raya menghubungkan Antwerp ke Brussels kelmarin, kata jurucakap polis.

Semua 12 lelaki berkenaan dalam kesihatan yang baik, katanya.

Pemandu trak berkenaan menghubungi polis selepas mengesyaki ada orang bersembunyi di dalam kenderaan itu, dan diarahkan berhenti di kawasan parkir di lebuh raya.

Siasatan dilancarkan, terutama untuk mengetahui bagaimana pendatang masuk ke dalam trak dan sama ada mereka mahu ke Britain.

Pendatang dan penyeludup manusia kerap menggunakan Belgium untuk cuba ke Britain.

Minggu lalu, pihak berkuasa Belgium menemui dua lagi trak membawa 20 pendatang, semuanya masih hidup. – Agensi

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture