Individu pendek lebih berisiko hidap diabetes

TABIAT pemakanan tidak sihat antara penyumbang kepada penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan kardiovaskular. Gambar hiasan
PARIS – Individu pendek adalah lebih berisiko menghidap diabetes jenis 2, demikian menurut satu kajian yang disiarkan semalam.
Setiap pertambahan ketinggian sebanyak 10 sentimeter bermakna peluang menghidap penyakit itu berkurangan 41 peratus dalam kalangan lelaki dan 33 peratus untuk wanita, demikian menurut kajian tersebut.

Orang yang lebih pendek lebih berkemungkinan diserang diabetes tipe 2, menurut sebuah kajian baru yang diterbitkan dalam jurnal Diabetologia.
Hasil kajian itu disiarkan dalam jurnal perubatan, Diabetologia.
Risiko lebih tinggi dalam kalangan individu pendek menghidap diabetes itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kandungan lemak lebih tinggi di dalam hati, kata pasukan saintis yang melakukan kajian itu.
Pasukan saintis itu turut melaporkan bahawa individu tinggi memiliki sensitiviti insulin manakala sel khas yang merembes hormon tersebut dalam pankreas mereka juga berfungsi dengan lebih baik.
Kajian tersebut dibuat berdasarkan pemantauan perubatan ke atas lebih 16,600 wanita dan hampir 11,000 lelaki berusia antara 40 hingga 65 tahun di Potsdam, Jerman dari tahun 1994 hingga 1998.
“Kajian ini mendapati ketinggian merupakan penanda yang berguna dalam meramal risiko diabetes,” kata pasukan saintis itu.
Kira-kira 420 juta orang di seluruh dunia menderita akibat diabetes pada masa ini manakala angka tersebut dijangka meningkat kepada 629 juta menjelang tahun 2045, demikian menurut Persekutuan Diabetes Antarabangsa. – AFP






















































![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini