2 pekerja McDonald’s di Peru mati akibat mesin minuman soda yang rosak

LIMA: Mesin minuman soda yang rosak menyebabkan kematian dua pekerja pembersihan McDonald’s di Peru, kata pengurus restoran berkenaan kepada stesen berita tempatan pada malam Sabtu (21 Dis).

Carlos Campos, 19 tahun dan Alexandra Porrasa, 18 tahun meninggal dunia pada 15 Disember lalu ketika mereka membersihkan restoran makanan segera itu di daerah Pueblo Libre di Lima.

Polis menyatakan pada Isnin (16 Dis), kedua-dua lelaki itu mati akibat renjatan elektrik.

Menyusuli kematian dua pekerja itu, rangkaian restoran itu menutup kesemua 29 restorannya di merata negara itu sedang polis dan pihak pendakwa raya menjalankan siasatan.

“24 jam sebelum (kejadian itu), sudah diketahui bahawa mesin itu mengalami masalah…” kata Jose Carlos Andrade, ketua pengarah Arcos Dorados iaitu pemilik rangkaian restoran McDonald’s di Peru.

“Kejadian itu menjejas kami dan kami sedang berusaha untuk menyemak semula kesemua proses, protokol kami untuk memastikan kejadian seperti itu tidak akan berulang,” kata Encik Jose kepada stesen tempatan.

Syarikat itu mengesahkan mesin minuman soda tidak akan digunakan di masa hadapan.

Kematian itu membuatkan Presiden Peru Martín Vizcarra didesak supaya mengumumkan rang undang-undang bagi mengukuhkan keselamatan kerja sedang para penunjuk perasaan mengadakan perhimpunan secara aman pada Sabtu (21 Dis) bagi menentang penganiayaan terhadap pekerja buat kali kedua dalam masa seminggu.

– AFP

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture