Tren namakan anak sempena watak Disney makin popular

Lebih dari satu juta orang dewasa di UK dinamakan sempena watak-watak Disney seperti Belle (Image: Disney)
LONDON – Satu kaji selidik oleh syarikat pelancongan, Florida4Less mendapati lebih sejuta orang di Britain dinamakan bersempena watak filem Disney, lapor akhbar Daily Mirror.
Menurut kaji selidik tersebut, nama yang diambil sempena filem klasik seperti Toy Story, The Hunchback of Notre Dame dan Beauty and the Beast meningkat popular sejak permulaan dekad lalu.
Ibu bapa atau pasangan yang gemar menamakan anak masing-masing menggunakan karakter Disney didapati berusia antara 18 hingga 34 tahun dengan tiga daripada 10 responden adalah pro-Disney.
Kaji selidik sama turut mendapati 16 peratus orang dewasa di Britain bersetuju bahawa menamakan bayi sempena karakter Disney adalah ‘idea baik’ tetapi mereka tidak akan melakukannya sendiri.
Nama Disney paling popular ialah Jasmine yang diinspirasikan daripada watak Puteri Jasmine dalam filem Aladdin, diikuti Rex (Toy Story) dan Belle (Beauty and the Beast).
Trend menamakan bayi itu dijangka berterusan dengan 14 peratus responden berkata, mereka kini memikirkan untuk menamakan anak mereka sebagai Ariel iaitu watak dalam filem The Little Mermaid. – Agensi






















































![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini