Kekurangan “lelaki yang menarik dari segi ekonomi” punca penurunan kadar perkahwinan

Menurut satu kajian baru oleh profesor Universiti Cornell yang dipetik oleh Majlis Kebangsaan mengenai Jurnal Perkahwinan dan Hubungan Keluarga, satu sebab mengapa kadar perkahwinan turun ke seluruh negara adalah kerana perspektif suami tidak dapat memberikan jaminan kewangan. (Getty Images / iStock)

NEW YORK – Kekurangan lelaki yang ‘menarik dari sudut ekonomi’ dipercayai menjadi punca kadar perkahwinan di Amerika Syarikat (AS) semakin merosot, demikian menurut satu kajian sebagaimana yang dilaporkan akhbar Independent.

Kajian tersebut yang diterbitkan dalam penerbitan Journal of Marriage and Family, menganalisis data perkahwinan antara tahun 2007 hingga 2012 dan dari 2013 hingga 2017 sebagai sebahagian daripada statistik kumulatif perkahwinan bagi Kajian Komuniti Amerika.

Dalam kajian itu, pasukan penyelidik dari Universiti Cornell meneliti ciri spesifik sosioekonomi yang menjadikan seorang lelaki dan wanita itu sepadan.

Bagi menyiasat kemerosotan tersebut, pengkaji-pengkaji menggunakan data dari Kajian Komuniti Amerika untuk mencipta profil pasangan suami isteri yang ideal.

Ciri sosioekonomi suami ideal ini kemudian dibandingkan dengan profil ekonomi lelaki bujang sebenar untuk mengesan perbezaannya.

Mereka mendapati bahawa calon suami ideal itu mempunyai purata pendapatan 58 peratus lebih tinggi berbanding pendapatan lelaki sebenar yang tidak berkahwin.

Pasukan penyelidik itu berkata, kelompok minoriti terutamanya wanita berketurunan Afrika-Amerika tidak mempunyai banyak pilihan bagi mendapatkan calon suami yang ‘menarik secara ekonomi’.

Wanita bergaji rendah dan amat tinggi didapati berdepan kesukaran untuk mencari pasangan yang ideal dari sudut kewangan.

“Kebanyakan wanita mengimpikan untuk berkahwin tetapi berdepan kekurangan calon lelaki yang boleh dikahwini iaitu lelaki memiliki pekerjaan dan pendapatan stabil terutamanya dalam keadaan ekonomi semasa yang menawarkan kerja dengan gaji rendah,” kata penulis utama kajian tersebut, Dr. Daniel Lichter.

“Perkahwinan hari ini masih lagi berdasarkan cinta tetapi transaksi ekonomi juga sama pentingnya. Ramai lelaki muda hampir tidak mempunyai tawaran menarik untuk perkahwinan, terutama ketika tahap pendidikan wanita secara purata kini lebih tinggi daripada pasangan mereka,” tambahnya.

Sementara itu, di Britain, angka rasmi menunjukkan bahawa perkahwinan antara lelaki dan wanita di England serta Wales mencatatkan rekod terendah tahun lalu. – Agensi

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture