Facebook bantah undang-undang salah maklumat Singapura yang ‘teruk’

 

 

SINGAPURA: Facebook terpaksa menyekat satu laman web di Singapura berikutan undang-undang penggunaan maklumat tidak tepat atas talian yang sangat teruk dan berisiko menyekat kebebasan bersuara.

Laman web politik iaitu National Times Singapore dituduh membuat kenyataan palsu menerusi halamannya di Facebook, termasuklah mendakwa setiap kritikan terhadap kerajaan dilarang di bawah undang-undang maklumat tidak tepat.

Justeru, laman web berkenaan diarahkan untuk memasang sepanduk yang menandakan maklumat disebarkan itu palsu, tetapi enggan melakukannya dan Facebook terpaksa menyekat akses laman web itu dengan kebenaran kerajaan Singapura.

Namun, seorang jurucakap menambah bahawa sekatan seperti itu dianggap teruk dan berisiko disalahgunakan untuk menyekat suara dan perspektif di internet.

“Kebebasan bersuara adalah hak asasi manusia, dan kami bekerja keras untuk melindungi dan mempertahankan kebebasan sivil yang penting ini di seluruh dunia,” menurut jurucakap berkenaan.

Laman web yang dikendalikan oleh aktivitis anti kerajaan, Alex Tan, yang menetap di Australia itu sudah berulang kali dituduh menyebarkan maklumat palsu, malah empat halamannya di Facebook juga sudah disekat, menurut pihak berkuasa.

Selain itu, Google dan Twitter serta kumpulan hak asasi turut menyatakan kebimbangan mengenai undang-undang itu, yang mulai berkuat kuasa pada bulan Oktober.

Pihak berkuasa menegaskan langkah itu perlu untuk menghentikan maklumat palsu dari tersebar dalam talian yang dapat mewujudkan perpecahan di negara berbilang etnik dan agama yang seramai 5.7 juta. – AFP

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture