Didakwa Bunuh Isteri Dengan Tukul Besi, Suami Direman 7 Hari

 

Seorang tukang rumah direman selama tujuh hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan kes membunuh isterinya menggunakan tukul besi di Kampung Besol, Terengganu semalam.

Memetik laporan Astro Awani, perintah tahanan reman ke atas tertuduh yang berusia 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Noradila Ab Latif di Mahkamah Majistret Dungun dekat Terengganu.

Suspek direman selama tujuh hari untuk membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh orang lain.

Terdahulu, suspek yang memakai baju penjara berwarna ungu tiba di Mahkamah Majistret Dungun kira-kira jam 8.42 pagi untuk proses permohonan reman.

Sumber: Kosmo

Isteri telah meninggal dunia selepas dipercayai dipukul dengan tukul besi oleh suaminya dalam kejadian di rumah mereka di Bukit Besi pada pukul lapan pagi semalam.

Mangsa yang berusia 41 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian muka berdasarkan laporan Astro Awani.

Ketua Polis Daerah Dungun iaitu Superintendan Baharudin Abdullah berkata pasangan itu baru mendirikan rumah tangga setahun lalu. Walau bagaimanapun, mangsa yang baru menghantar anak ke sekolah dikatakan telah bertengkar dengan suaminya sebelum kejadian itu.

Suspek kemudiannya tiba-tiba bertindak di luar kawalan dan membunuh isterinya.

“Difahamkan suspek kemudian memberitahu ahli keluarganya yang tinggal berhampiran kediamannya tentang perbuatannya itu sebelum ahli keluarganya membuat laporan polis. Susulan itu, kita telah menahan suami mangsa yang disyaki melakukan perbuatan itu,” ujar Baharudin.

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture