Perkahwinan dalam talian di China

Seorang pekerja memakai topeng muka menggunakan telefon bimbit di luar kawasan pembinaan berdekatan ibu pejabat China Central Television (CCTV) di Beijing. – Foto AFP
BEIJING: Pasangan di China memilih mengadakan perkahwinan dalam talian dan menyiarkan video secara langsung dalam platform media sosial sehingga ditonton ratusan ribu netizen termasuk mendapat hadiah secara maya.
Seperti pasangan lain di era normal baharu dan penjarakan sosial, Ma Jialun dan Zhang Yitong memilih mengadakan majlis perkahwinan pada 1 Mei lalu, yang kemudiannya menyiarkan rakaman video secara langsung menerusi platform, Bilibili.
Majlis perkahwinan pasangan itu yang mendapat sambutan daripada netizens, sebenarnya hanya dihadiri keluarga terdekat berikutan perintah berkurung dan larangan penerbangan akibat pandemik COVID-19.
Syarikat kreatif turut mendapat tempias, dengan menawarkan orang ramai pilihan untuk menjadikan majlis perkahwinan itu lebih kreatif dengan pelbagai efek khas.
Pasangan itu sepatutnya melansungkan perkahwinan pada Januari lalu, tetapi terpaksa menangguhkan akibat penularan wabak COVID-19 dan larangan majlis membabitkan perkumpulan ramai orang.
Walaupun kebanyakan wilayah di China sudah menarik balik larangan perintah berkurung tetapi masih melarang majlis keramaian, menyebabkan pasangan muda China memilih untuk melakukan secara dalam talian.
“Pandemik COVID-19 ini menjadikan hubungan kami makin kuat walaupun berjauhan berbulan-bulan.
“Kami mahu mengabadikan kenangan terindah perkahwinan dalam talian dan berkongsi kegembiraan ini dengan orang lain di media sosial,” kata Ma. – A






















































![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini