Maut tercekik kek semasa pertandingan

 

Seorang wanita maut ketika menyertai pertandingan makan kek sempena sambutan Hari Australia.SYDNEY: Seorang wanita maut ketika menyertai pertandingan makan kek sempena sambutan Hari Australia, lapor agensi media tempatan, hari ini.

Difahamkan, anggota paramedik bergegas ke sebuah pub di Queensland, selepas wanita terbabit menyumbat sebiji kek lamington ke dalam mulutnya, tengah hari semalam.

Lamington, pencuci mulut tradisional Autralia, adalah kek span berbentuk kiub disaluti coklat dan kelapa parut.

Lamington, kek nasional Australia, adalah kek bolu yang dicelupkan ke dalam cokelat dan dilapisi dengan kelapa kering.

Wartawan penyiaran ABC melaporkan, wanita berusia 60 tahun itu mengalami sawan selepas menyumbat kem lamington itu dan menemui ajal ketika dikejarkan ke hospital di bandar dekat pinggir pantai Hervey Bay.

Wanita terbabit adalah peserta pertandingan makan lamington dan pai daging anjuran Hotel Beach House sempena Hari Australia.

Sementara itu, dalam paparan Facebook Hotel Beach House, pihak pengurusan dan kakitangan mengucapkan takziah kepada keluarga serta rakan wanita terbabit.

“Kami berterima kasih kepada pelanggan, kakitangan dan perkhidmatan Ambulans Queensland kerana memberi bantuan segera secara profesional ketika kejadian ini.

“Kakitangan hotel menawarkan pertolongan, selain kita sentiasa bersama keluarga dalam menghadapi keadaan sukar ini,” katanya.

Polis menjelaskan kematian wanita terbabit tidak mencurigakan dengan laporan mengenainya akan disediakan oleh koroner. – AFP

Awak juga mungkin ingin melihat...

Beri Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Required fields are marked *

error: Kandungan dilindungi!!
Hide picture