Belia 15 tahun ditangkap jual dadah kepada budak perempuan 14 tahun

Ice dirampas semasa operasi serbuan oleh CNB di unit flat di Yishun Avenue 11 pada 20 Nov 2019. (Gambar: CNB)
SINGAPURA. Seorang remaja lelaki merupakan antara 70 orang yang ditangkap kerana disyaki menyalah guna dadah dalam satu operasi seluruh negara oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) Operasi selama empat hari berakhir pada Jumaat (22 Nov).
Remaja warga Singapura berusia 15 tahun itu, disyaki mengedar dadah dan sedang disiasat menjual dadah Ice kepada seorang budak perempuan berumur 14 tahun.
udak perempuan warga Singapura itu disyaki menyalah guna dadah, menurut CNB dalam satu kenyataan hari ini.
Sekitar 9 gram bahan psikoaktif baru, 20 gram heroin, 704 gram Ice dan pil Ecstasy dirampas semasa operasi tersebut yang bermula pada Isnin (18 Nov). Operasi itu dijalankan di kawasan-kawasan termasuk Bedok, Choa Chu Kang, Tampines, Telok Blangah serta Yishun.
Dua rampasan besar Ice dibuat dalam operasi itu.
Dalam operasi pada Rabu (20 Nov), para pegawai CNB menangkap dua suspek pengedar dadah – seorang wanita warga Singapura berusia 22 tahun dan lelaki tempatan berumur 32 tahun di sebuah unit kediaman di Yishun Avenue 11.
“Sekitar 100 gram Ice, satu pil Ecstasy dan sejumlah kecil bahan serbuk hijau yang disyaki mengandungi dadah terkawal ditemui dalam unit itu,” menurut CNB.
Peralatan dadah lain seperti alat penimbang berat digital dan beberapa perkakas menghisap dadah juga ditemui dalam unit tersebut.
Dalam satu serbuan berasingan pada lewat petang Khamis (21 Nov), para pegawai CNB mengekor seorang lelaki warga Singapura berusia 29 tahun apabila dia meninggalkan sebuah blok flat di Yishun Street 81.
Kenderaan lelaki itu kemudian dipintas di Mandai Road dan suspek berkenaan ditangkap. Di dalam vannya, terdapat sekitar 580 gram Ice, sebuah penimbang berat digital dan peralatan mengambil dadah.
Dadah Ice seberat 704g yang dirampas semasa operasi tersebut cukup untuk memenuhi ketagihan sekitar 402 penyalah guna selama seminggu, menurut CNB.
Siasatan ke atas kegiatan dadah oleh kesemua suspek sedang dijalankan.
– CNA






















































![294797-bdkwz9-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294797-bdkwz9-200x2001-1-320x280.jpg)
![294733-2f3478-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294733-2f3478-200x2001-1-320x280.jpeg)
![295358-v51wss-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295358-v51wss-200x2001-1-320x280.jpg)
![302484-cbxzkl-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/302484-cbxzkl-200x2001-1-320x280.jpg)
![294641-h1xcdi.jpg[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294641-h1xcdi.jpg1_-320x280.webp)
![301308-w8rssb[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301308-w8rssb1-320x280.jpg)
![295024-ia2omj-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295024-ia2omj-200x2001-1-320x280.jpg)
![301662-rxnv6u[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/301662-rxnv6u1-320x280.jpg)
![295297-udusjq-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295297-udusjq-200x2001-2-320x280.jpg)
![295284-e7lync-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/295284-e7lync-200x2001-1-320x280.jpg)
![294784-hpq9lr-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294784-hpq9lr-200x2001-1-320x280.jpg)
![294846-wfazfk-200x200[1]](https://wow.macam2.com/wp-content/uploads/2023/06/294846-wfazfk-200x2001-1-320x280.jpg)
Ulasan Terkini